Friday, December 9, 2011

HIJRAH as a period of change.



Sejenak membaca blog sendiri membawa saya beralih pandangan kepada tujuan sebenar blog ini diwujudkan. Banyak sekali kesilapan yang dilakukan dalam penulisan saya tanpa saya sedari yang mungkin hanya menunjukkan kekurangan dan kelemahan diri ini. Namun saya hanya mampu berharap semoga setiap entry dalam blog ini adalah suatu permulaan yang baru buat diri saya sendiri dan juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada pembacanya. InsyaAllah.

Memetik kata seorang teman... jika sedar diri ini hamba, maka tiada suatu pun yang boleh dibanggakan kerana tiap sesuatu itu berlaku atas izin- Nya...

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur." (ad-Duha-11)

Dari itu, kepada semua yang mengenali diri ini saya dengan penuh rasa rendah diri memohon kemaafan di atas segala salah silap saya sama ada melalui tutur kata, penulisan saya mahupun tingkah laku... dari itu juga, saya berhajat membuka lembaran baru bagi blog ini. Saya telah delete kan beberapa entry saya sebelum ini yang saya rasakan kurang sesuai. Percubaan menulis blog ini dalam bahasa Melayu juga merupakan percubaan pertama saya yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini (walaupun sebenarnya saya berasa amat kekok dan sangat tidak yakin dengan penulisan dalam bahasa Melayu) namun penggunaan bahasa ibunda ini tidak dinafikan terasa lebih 'dekat' sekali sentuhannya. Akan tetapi tidak salah rasanya jika penulisan di dalam blog ini adalah dalam dwibahasa kerana jika pembaca mengenali background penulis pasti pembaca akan lebih memahami.

In conjunction with Awal Muharam baru- baru ini, saya berpendapat bahawa bukan sahaja manusia harus berubah malah blog juga perlu berhijrah. Ini kerana apabila saya menyingkap semula posts saya sebelum ni saya dapati betapa banyaknya kekurangan saya. Apapun jua kesilapan semalam, saya berbalik kepada nawaitu hati. Alhamdulillah Tuhan telah menggerakkan hati saya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan diharapkan agar hijrah kali ini dapat membawa saya dan pembaca semua agar lebih dekat pada Allah. Amin.

Memetik hadith daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Semoga penghijrahan kita semua kali ini adalah merupakan hijrah menuju Allah dan Rasul... menjadikan kita insan yang lebih tabah, tulus dan ikhlas. InsyaAllah.